awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada

Bernama
Bernama
10/11/2024
02:00 MYT
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai susulan insiden letupan bom di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan. - Gambar Reuters
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Pakistan dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai susulan insiden letupan bom pada Sabtu di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, pihaknya sedang menilai situasi semasa dan akan mengeluarkan maklumat terkini jika perlu.
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan kehadiran mereka digalakkan berbuat demikian melalui [E-Konsular](https://ekonsular.kln.gov.my/) bagi memastikan bantuan dan maklumat dapat disampaikan tepat pada masanya.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi di alamat: H. No. 7-A Main Khayaban-e-Shamsheer, DHA V, 75500 Karachi, Pakistan, atau melalui talian: +92 21 3529 5618/19, +92 21 3529 5614/17, atau e-mel: [email protected].
Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam insiden itu pada Sabtu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom di Pakistan
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
#Stesen Kereta Api Quetta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan