awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di St. Petersburg: Kementerian hubungi konsulat Rusia segera

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2017
06:13 MYT
Letupan di St. Petersburg: Kementerian hubungi konsulat Rusia segera
Letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, masing-masing berlaku di Stesen Sennaya Ploschad dan Stesen Tekhnologichesky Institute pada 3 April, jam 2.30 petang waktu tempatan. - Foto AP
Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan komuniti warga negara Malaysia di sana bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg semalam.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar juga mengesahkan kejadian letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, masing-masing berlaku di Stesen Sennaya Ploschad dan Stesen Tekhnologichesky Institute, pada 3 April, jam 2.30 petang waktu tempatan.
Laporan awal turut mengesahkan sekurang-kurangnya 50 orang tercedera manakala 10 orang maut dalam insiden ini.
Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan proses pengecaman ke atas mangsa yang terlibat.
Warga negara Malaysia di St. Petersburg yang terjejas akibat insiden itu dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mosfilmovskaya Ulitsa 50 117192 Moscow di talian +7 495 419 9898 / +7 495 419 9899 atau melalui e-mel ke [email protected].
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja) atau 03-8887 4530.
Topic Berkaitan
#Kedutaan Besar Malaysia
#Kementerian Luar Negeri
#Moscow
#St Petersburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan