LAWAS: Letupan paip gas Petronas di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di sini menyebabkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur.
Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10 petang.
"Mangsa pertama berada di dalam jengkaut, dan jarak dia dengan tiga mangsa lain sekitar 200 meter," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Siasatan awal mendapati, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kebocoran paip.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian tersebut sekitar jam 2.49 petang.
"Pihak kita telah mengatur gerak sebuah jentera dan sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas ke lokasi," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Lawas oleh kakitangan kontraktor pembinaan, di mana paip itu meletup.
Sementara itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihaknya sedih dengan tragedi yang berlaku.
"Saya menyeru pihak Petronas supaya memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
"Ini adalah sesuatu yang pernah berlaku dahulu, dan saya telah meminta pihak Petronas mengambil tindakan sewajarnya agar tidak berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahaguan Limbang, Sebi Abang berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak bomba dan Petronas untuk menyediakan laporan awal yang berlaku pada kadar segera.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan kejadian," tambahnya lagi.
Ketika ini katanya, insiden tersebut telah terkawal dan pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi.
Rudi Affendi Khalik
Wed Nov 16 2022
Letupan dipercayai berlaku pada jam 2.30 petang itu telah menyebabkan api menjulang tinggi dan difahamkan terdapat mangsa yang melecur.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Social Justice & Decent Work for All
Tehmina Kaoosji spoke with Sivaranjani Manickam, Workers Bureau Head, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Progressive Wage Policy & Living Wages
Xavier Estupinan, Regional Wage Specialist, DWT (Decent Work Team) Asia and the Pacific, for International Labour Organisation (ILO) joins us now from ILO’s Regional Office in Bangkok to share some comments on Progressive Wage Policy and Living Wages.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup
Kejadian melibatkan letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terlibat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron
Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
Setiausaha Agung PBB kecam letupan sasar pasukan pengaman di Lubnan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam insiden letupan yang menyasarkan peronda dari Observer Group Lebanon (OGL).
10 anggota polis cedera dalam letupan di markas Brimob Surabaya
Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.
Dua maut, dua lagi cedera dalam letupan kilang di Puchong
Susulan kejadian, kerja-kerja pengudaraan dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam premis.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.