awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung PBB kecam letupan sasar pasukan pengaman di Lubnan

Bernama
Bernama
31/03/2024
13:25 MYT
Setiausaha Agung PBB kecam letupan sasar pasukan pengaman di Lubnan
Kecaman Antonio Guterres terhadap serangan itu dibangkitkan dalam kenyataan dari pejabat jurucakapnya, yang menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman pada setiap masa. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam insiden letupan yang menyasarkan peronda dari Observer Group Lebanon (OGL) dan mencederakan tiga pemerhati tentera PBB dan seorang pembantu jurubahasa.
Kecaman Antonio Guterres terhadap serangan itu dibangkitkan dalam kenyataan dari pejabat jurucakapnya, yang menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman pada setiap masa.
"Keadaan di sepanjang Garisan Biru antara Lubnan dan Israel sejak 8 Okt lepas, dengan kejadian berbalas tembakan harian antara kumpulan bersenjata tidak bernegara yang berpangkalan di Lubnan dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terus menjadi kebimbangan serius," katanya.
Menurut kenyataan itu wujud "kebimbangan serius" terhadap keganasan yang semakin meningkat di sepanjang Garisan Biru dan menggesa pihak-pihak bertelagah untuk "menahan diri daripada melakukan lebih banyak pelanggaran gencatan senjata."
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya seorang awam dan tiga tentera dari Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan kenderaan mereka di selatan negara itu pada awal Sabtu.
UNIFIL menyatakan kebimbangan "mengenai peningkatan keganasan di sepanjang Garisan Biru pada masa ini."
Tentera Israel menafikan bahawa ia menyasarkan mana-mana kenderaan UNIFIL di kawasan Rmeish di selatan Lebanon.
Ketegangan di sempadan berlaku di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 32,700 penduduk Palestin sejak 7 Okt lepas.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung PBB
#Antonio Guterres
#lubnan
#kecam
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan