KUALA LUMPUR: Kelewatan pembukaan semula sempadan antarabangsa adalah faktor utama penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19 yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dalam WCR IMD 2022, turun tujuh tangga berbanding tangga ke-25 pada 2021.
Menurutnya jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuka semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 dengan mengambil kira dari segi mengimbangi nyawa rakyat dan kelangsungan hidup rakyat.
"Berikutan kelewatan itu berbanding negara-negara lain, menyebabkan kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global jatuh," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung faktor menyebabkan penurunan ranking Malaysia dalam WCR IMD.
BACA: MITI laksana 5 langkah tambah baik kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia
Tengku Zafrul berkata antara faktor lain adalah persepsi komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa terhadap peraturan dan undang-undang yang dilihat sebagai kekangan dan kurang mesra perniagaan.
Sehubungan itu, menurutnya MITI sedang memperhalus cadangan untuk memudahkan perniagaan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang ingin melabur di Malaysia.
Menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) berhubung cadangan kerajaan untuk meyakinkan pelabur dengan cara menetapkan semula ekonomi khususnya menerusi pembangunan bidang pertumbuhan baharu, beliau berkata dalam usaha mewujudkan ekosistem pelaburan lebih mampan di Malaysia, MITI dan agensinya telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.
Antara strategi utama yang telah dan sedang dilakukan adalah dengan menggubal dan menambah baik dasar-dasar berkaitan kelancaran dasar pelaburan baharu, katanya.
"Ini berteraskan aspirasi pelaburan nasional dengan dasar baharu ini mempercepat kemasukan pelaburan berkualiti dan mampan terutamanya dalam bidang pertumbuhan baharu serta memberi tumpuan kepada keterangkuman dan kemampanan yang selari dengan aspirasi dan matlamat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat," katanya.
Tengku Zafrul berkata, MITI akan melaksanakan kajian semula cukai yang komprehensif terhadap rangka kerja galakan cukai sedia ada serta melaksanakan pendekatan negara yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Dalam hal ini, penekanan diberikan kepada pelaburan bagi sektor kawasan pembangunan baharu termasuk kenderaan elektrik, kilang pintar yang menggunakan teknologi 5G, ekonomi digital, teknologi hijau, pertanian pintar dan ekosistem rantaian bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Tengku Zafrul berkata, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan membuka semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 lalu. - Gambar hiasan

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.
Mumia berusia 128 tahun disemadi penduduk
Mumia berusia 128 tahun dikenali sebagai 'Stoneman Willie' akhirnya disemadikan pada Isnin. Mumia itu sebelum ini diletakkan dan dipamer di sebuah rumah pengebumian di Reading, Pennsylvania.

Malaysia tempat ke-27 ranking daya saing dunia IMD 2023
Malaysia naik lima anak tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2023.

Lewat buka semula sempadan faktor Malaysia di tangga ke-32 Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022
Trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.

Malaysia perlu dasar baharu bagi tetapkan semula ekonomi - Ambank Research
Malaysia memerlukan dasar-dasar baharu yang dapat menetapkan semula ekonomi negara selain melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan isi rumah dan perniagaan yang mudah terjejas.