awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN buka kaunter BKK untuk rayuan BPR mulai hari ini

Bernama
Bernama
14/06/2021
22:30 MYT
LHDN buka kaunter BKK untuk rayuan BPR mulai hari ini
Kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja. - Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) mulai Selasa untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
LHDN dalam kenyataan memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja.
"Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera.
"Pelanggan yang hadir wajib mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengimbas aplikasi MySejahtera, sentiasa memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal," menurut agensi itu.
Pertanyaan berkaitan BPR boleh diajukan kepada talian BKK di 1800-88-2747 yang dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat).
Semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tempoh rayuan bagi permohonan BPR yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.
Kenyataan LDHN turut memaklumkan urusan bagi Kaunter Duti Setem (Pejabat Setem Cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil) kekal dibuka kepada pelanggan dan Pembayar Duti Individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) seperti ditetapkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Waktu operasi kaunter adalah berdasarkan hari bekerja di setiap negeri iaitu dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Turut kekal beroperasi Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Talian pejabat akan berfungsi seperti biasa dengan waktu operasi terhad iaitu bagi Hasil Care Line (Pusat Panggilan dan Live Chat) waktu operasi ialah Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi ibu pejabat atau cawangan LHDN, talian adalah ditutup.
Menurut kenyataan itu, pelanggan disyorkan membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Senarai itu boleh dicapai melalui pautan phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#bantuan prihatin rakyat
#PKP
#SOP
#buka kaunter
#permohonan rayuan
#MySejahtera
#perintah kawalan pergerakan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan