awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik

Bernama
Bernama
28/12/2024
07:30 MYT
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Nabil adalah antara selebriti yang dilantik sebagai rakan strategik LHDN. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pempengaruh yang dilantik sebagai Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0 terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang, antaranya keusahawanan, agama, lakonan, perubatan, fesyen dan gaya hidup, kecergasan dan kesihatan serta pengurusan kewangan.
"Pelantikan mereka dilihat sebagai satu perspektif baharu dalam membentuk persepsi baik dalam kalangan masyarakat umum, khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan yang positif, khususnya melibatkan LHDN," menurutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamaluddin dalam kenyataan sama berkata pelantikan selebriti dan pempengaruh dalam ekosistem percukaian penting untuk membentuk sentimen yang positif, membina kepercayaan dan kredibiliti seterusnya mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
"Faktor keterlihatan (visibility) dan jangkauan (reach) merupakan aset penting pada pempengaruh yang dilihat mampu menggandakan usaha LHDN menyebar luas kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara," katanya.
Antara rakan strategik dilantik ialah Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; pakar kewangan, Azizul Azli Ahmad serta pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad.
Topic Berkaitan
#LHDN
#selebriti
#rakan strategik
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan