awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif

Bernama
Bernama
16/10/2024
11:30 MYT
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap penyalahgunaan nama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.
"Justeru, ingin ditegaskan bahawa LHDN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan secara amnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).
Tiada sebarang teks menerusi aplikasi WhatsApp boleh dilakukan tanpa kebenaran.
LDHN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
"LHDN mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks WhatsApp, e-mel, pautan yang mencurigakan serta laporkan mesej dan sekat nombor berkenaan," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#WhatsApp
#keluar kenyataan
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan