KUALA LUMPUR: Sasaran kutipan hasil cukai berjumlah RM139 bilion tahun ini mampu dicapai dengan memastikan segala perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat dilaksanakan sebaiknya.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata LHDN tidak akan mengambil pendekatan yang agresif untuk mencapai sasaran itu, sebaliknya menyediakan perkhidmatan khusus yang diperlukan oleh pihak pembayar cukai.
"Kita hanya perlu memastikan segala perkhidmatan atau bantuan yang diperlukan oleh pihak pembayar cukai itu diberikan. Kita memantau bahawa apa yang mereka perlu lakukan, tarikh-tarikh tertentu atau bayaran dapat dilaksanakan.
"Dengan ekonomi yang dijangka berkembang baik nanti, sasaran yang dinyatakan itu boleh dicapai, malah boleh melebihi apa yang disasarkan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'HASiL Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Keluarga Malaysia' terbitan Bernama TV pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjangkakan kutipan hasil cukai akan kembali kepada paras sebelum pandemik COVID-19, sama ada memenuhi atau melebihi sasaran kutipan cukai berjumlah RM139 bilion tahun ini.
Ismail Sabri berkata bagi menyokong hasrat ini, LHDN melalui pengurusannya perlu merangka pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan, dan dalam masa yang sama mengekalkan prestasi yang baik pada masa hadapan.
Bagi 2021, hasil cukai meningkat sebanyak 17 peratus berbanding 2020 kepada lebih RM140 bilion.
Sementara itu, Mohd Nizom berkata LHDN perlu merangka strategi bagi memastikan sistem pencukaian yang sedia ada bersifat lestari dan berpanjangan.
Katanya LHDN akan mengambil pendekatan bagi memastikan peningkatan kadar pematuhan pembayaran cukai.
"Kita tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mengambil pendekatan untuk mencari cukai tambahan semata-mata kerana apabila pematuhan meningkat, sebagai contohnya rakyat mematuhi undang-undang, bayar dengan sepatutnya, maka ekonomi (dapat) berkembang dan hasil akan dapat ditingkatkan lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
LHDN menyediakan perkhidmatan khusus yang diperlukan oleh pihak pembayar cukai.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Guna logo LHDN tanpa kebenaran satu kesalahan di bawah Akta 414
LHDN pandang serius penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.
HASiL sumbang RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM315,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam.
Syarikat milikan tunggal paling tinggi elak bayar cukai di P. Pinang
LHDN Pulau Pinang mendapati perniagaan milikan tunggal dikenal pasti sebagai kumpulan paling tinggi mengelak daripada membayar cukai.
RUU LHDN (Pindaan) 2023 ditangguh ke sidang akan datang
Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke persidangan akan datang.
Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176 bilion dapat dicapai - LHDN
Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.
'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.
Saya tidak diminta taksir RM1 juta yang diterima Shahrir - Pegawai LHDN
Menurut pegawai berkenaan, beliau tidak diminta membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Shahrir adalah pendapatan atau tidak.
Kes cukai tertunggak: Permohonan Najib, Nazifuddin untuk gantung pelaksanaan penghakiman terus didengar 21 Sept
Peguam Wee Yeong Kang mengesahkan bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam prosiding pengurusan kes hari ini.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan LHDN berhubung hak mengakses akaun pelanggan firma guaman
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman.
Pembelajaran murid SK Mabul diperkasa menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022
Pelaksanaan program ini secara berterusan menandakan HASiL memberikan sokongan padu kepada pembangunan modal insan & masyarakat luar bandar.