awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liberalisasi visa China, India: KDN tidak kompromi keselamatan negara - Saifuddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/12/2023
04:18 MYT
Liberalisasi visa China, India: KDN tidak kompromi keselamatan negara - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, KDN telah mengambil beberapa langkah persediaan, termasuk keperluan pelancong untuk mengisi kad digital dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berkompromi dengan faktor keselamatan negara di sebalik pelaksanaan Dasar Liberalisasi Visa yang membolehkan pelancong China dan India tinggal di negara ini tanpa visa selama 30 hari.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah persediaan, termasuk keperluan pelancong untuk mengisi kad digital dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan.
Buat masa ini, beliau berkata, pelancong dari dua negara tersebut yang tiba masih boleh melakukan pengisian kad digital tersebut sejurus tiba di pintu masuk, bagi membolehkan penyesuaian berlaku.
“Apabila kita membuat langkah liberalisasi, kita tahu mereka masuk menggunakan pas apa, dan kita kehendaki mereka isi digital card, sebagai prasyarat, jadi membolehkan kita mengesan elemen keberadaan mereka.
“Kalau masuk dengan chartered flight, berurusan dengan travel agency, sudah pasti mereka berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), mesti serahkan itirinerary, seminggu dua lebih awal, itu lebih mudah apabila ada hal berlaku, kita oleh rujuk kepada ejen pelancongan.
“Semua langkah itu kita ambil tanpa kita kompromi, liberalisasi visa kita yakin akan bantu lonjakkan sektor pelancongan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian di Putrajaya, pada Isnin.
BERITA MENYUSUL LAGI
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#liberalisasi visa
#China
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan