KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super dan terus menjarakkkan perbezaan mata, selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-1, dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
JDT yang kini mengumpul 36 mata, dibezakan enam mata dengan Terengganu FC yang tewas 2-0 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat pada hari sama.
Memulakan babak pertama sebaik wisel ditiup, anak didik Benjamin Mora dan Karsten Neitzel, saling mengatur gerak dan melakukan cubaan demi cubaan, bagi memecah kebuntuan gol.
Namun Harimau Selatan akhirnya berjaya mengukir senyuman, apabila hantaran silang Matthew Davies disudahi dengan tandukan kencang Bergson Da Silva, pada minit ke-45 berjaya mencipta gol sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.
Bersambung babak kedua, skuad Gergasi Merah menyamakan kedudukan selepas sepakan percuma luar kotak penalti pemain import Switzerland Oliver Buff, ditanduk masuk pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun pada minit ke-62.
Namun kegembiraan Selangor FC tidak bertahan lama, apabila rembatan leret dari luar petak penalti Matthew Davies di minit ke-79, meletak JDT di hadapan, sebelum Mohamadou Sumareh menoktahkan kemenangan dengan menyumbat satu lagi gol dalam masa kecederaan.
Pada aksi UiTM FC menentang Penang FC di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pasukan tuan rumah, gagal memanfaatkan peluang selepas tewas 0-1 di tangan pasukan pelawat.
Sabah FC dan Sri Pahang FC pula terikat 2-2, dalam perlawanan yang berakhir penuh dramatik di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.
Sementara dalam aksi Liga Premier, pasukan Perak FC 2, tewas 0-4 kepada Kelantan United dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh, manakala Kelantan FC tewas 1-2 kepada PDRM FC, pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
JDT terus unggul di persada Liga Super dan terus menjarakkkan perbezaan mata, selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-1. - Foto Facebook/Johor Southern Tigers
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.