KUALA LUMPUR: Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) ternyata tiada tandingan, apabila mudah membelasah Kuala Lumpur (KL) City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan memulakan perlawanan itu garang, apabila terus melancarkan serangan bertali arus seawal minit keenam menerusi tandukan Bergson Da Silva, namun penjaga gol KL City FC Kevin Ray Mendoza berjaya menafikan percubaan pertama penyerang sensasi kelahiran Brazil itu.
Enggan kalah, pasukan tuan rumah mula menguji benteng pengendali dari Argentina Esteban Solari, dengan beberapa cubaan menarik namun kesalahan sendiri anak buah Bojan Hodak memakan diri, apabila tampanan lutut hadapan penyerang Romel Morales memberi gol pertama JDT pada minit ke-41.
Bersambung babak kedua, JDT meneruskan rentak cemerlang dengan mencetak gol menerusi tandukan tajam pemain tengah Endrick Dos Santos pada minit ke-52, sehingga memaksa City Boys bekerja keras untuk mencari peluang dalam usaha merapatkan jurang pasukan.
Kelekaan KL City FC terus dihukum menerusi sepakan terus Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-90, sekali gus menyaksikan JDT menang bergaya 3-0.
Sementara itu, aksi sengit di Stadium Likas, Kota Kinabalu menyaksikan skuad tuan rumah, cemerlang mengumpul tiga mana penuh 3-1 ketika turun menentang Kelantan United FC, dengan Sang Badak yang membuka jaringan awal menerusi sepakan penalti penyerang Darren Lok pada minit ke-21, selepas Daniel Sang Ting dikasari dalam kotak penalti oleh pihak lawan.
Selang lima minit kemudian pemain import dari Korea Selatan Park Tae-Su, menambah jaringan pasukan Sabah FC sekali gus menambah duka Kijang Hijau, apabila pemain tengah Telmo Ferreira Castanheira menyempurnakan jaringan ketiga buat Sang Badak pada minit ke-46.
Namun, Kelatan United berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit kecederaan babak kedua yang menyaksikan jaringan kekal 3-1 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.
Pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar menyaksikan pemain muda Kedah Darul Aman FC yang sedang meningkat naik, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam berjaya meledak gol tunggal kemenangan Sang Kenari pada minit akhir ke-90 menjadikan 1-0 ketika turun menentang Terengganu FC malam ini.
Manakala, di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Georgetown pertemuan antara pasukan Penang FC dan Negeri Sembilan FC, berakhir tanpa sebarang jaringan serta kekal 0-0 sehingga wisel penamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Aksi pemain JDT Oscar Arribas Passero (kanan) diasak pemain KL City FC ketika perlawanan Liga Super, JDT menentang KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.