awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee

Bernama
Bernama
11/05/2024
11:49 MYT
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Penyerang dari Brazil dan pemain sayap dari Indonesia itu masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan selepas perlawanan persahabatan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas di sini esok akibat kecederaan kata Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
Beliau berkata penyerang dari Brazil dan pemain sayap dari Indonesia itu masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan selepas perlawanan persahabatan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.
"Masih ada tempoh 48 jam untuk melihat secara keseluruhan tahap kecergasan mereka sebelum dapat diturunkan atau sebaliknya. Kita tidak akan mengambil risiko sebab perjalanan Liga Super baru bermula.
"Dalam masa sama, Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan tersebut sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kim Swee berkata selain itu dua pemain tempatan iaitu pemain sayap S. Kumaahran dan penjaga gol Damien Lim juga berada dalam senarai kecederaan pasukan itu.
"Damien Lim sudah pasti terkeluar dan mungkin tidak dapat beraksi selama enam hingga lapan minggu. Kita akan lihat perkembangannya. Damien Lim memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasan," katanya.
Ketika mengulas mengenai persiapan Sabah menentang Penang FC, Kim Swee berkata ini bukan satu perlawanan yang mudah memandangkan Penang mempunyai jurulatih yang baharu serta beberapa pemain yang sangat berkualiti.
"Penang juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.
"Ini menunjukkan Penang sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25.
"Sabah juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara Piala SMJ 2024," kata Kim Swee.
Menurutnya, banyak kelemahan dan kekuatan dapat dilihat, oleh itu akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan sedia ada sekali gus mampu mencapai keputusan positif pada perlawanan pertama petang esok.
"Sudah tentu, Sabah FC memerlukan sokongan padu penyokongnya...ayuh semua datang ke Stadium Likas esok," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Ramon Machado
#Saddil Ramdani
#Liga Super
#Penang FC
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan