KUALA LUMPUR: Juara Liga Super 2022 Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan rekod tanpa kalahnya kepada 21 perlawanan selepas menang bergaya 4-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam tadi.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad Harimau Selatan terlebih dahulu dikejutkan Sang Kenari hasil penyudah Wanja Ronald Ngah pada minit ke-45 sebelum JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bergson Da Silva pada minit ke-50.
Gol kedua pasukan bimbingan Hector Bidoglio hadir pada minit ke-63 menerusi jaringan sepakan separa voli penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Mohd Afiq Fazail.
Muhammad Syafiq yang merupakan bekas pemain Kedah terus menguatkan cengkaman JDT dengan gol ketiga pada minit ke-68, sebelum Bergson menambah derita pasukan pelawat dengan jaringan keduanya pada minit ke-89 sekali gus mencipta rekod baharu penjaring liga dengan mengumpul keseluruhan 27 gol.
Keputusan itu sekali gus meletakkan pasukan JDT hanya satu perlawanan lagi bagi mengulangi pencapaian musim 2016 iaitu menamatkan musim sebagai pasukan tidak dapat dikalahkan, setelah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut awal bulan ini.
Sementara itu, perebutan tempat kedua dan ketiga antara Sabah FC, Negeri Sembilan dan Terengganu FC bagi mengesahkan tempat ke Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 terus rancak dengan hanya berbaki satu perlawanan perlu ditempuhi selepas masing-masing melakar kemenangan.
Sabah berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mengatasi Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Setelah separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, babak kedua bersambung dengan aksi lebih sengit dan mengujakan apabila ketiga-tiga gol hadir pada penghujung perlawanan yang menyaksikan Andres Steven Rodriguez menanduk masuk bola untuk gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-85.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi pemain pertahanan kebangsaan Dominic Tan pada minit ke-89 sebelum Park Tae-Su meledak gol kemenangan pada masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan skuad Sang Badak.
Pada masa sama, selepas mencatat kemenangan ke atas KDA FC minggu lepas, Negeri Sembilan FC sekali lagi mengulangi kecemerlangan dengan menewaskan Melaka United FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sekali gus terus mencabar kedudukan kelompok tiga pasukan teratas.
Skuad Hobin Jang Hobin bermula garang sebaik perlawanan bermula dengan asakan bertali arus ke kubu pertahanan Melaka United sebelum berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-34 hasil tandukan Ketua Pasukan Nasrullah Haniff Johan hasil satu sepakan sudut.
Pemain import Gustavo Almeida Dos Santos meletakkan Negeri Sembilan selesa mendahului 2-0 selepas meledak jaringan pada minit ke-86 dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Terengganu FC (TFC) turut meraih tiga mata berharga selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 dengan jaringan Tchetche Kipre pada masa kecederaan babak pertama menjadi penentu kemenangan Skuad Penyu.
Terdahulu Manuel Ott meletakkan TFC di hadadapan pada minit ke-39 sebelum skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain selesa mendahului hasil penyudah Kipre, namun KL City FC berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Romel Morales pada minit ke-64.
Dalam pada itu, jaringan tunggal Hein Htet Aung pada minit ke-71 memastikan Selangor FC meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Tan Cheng Hoe dan naik ke kedudukan kelima selepas mengatasi cabaran Sarawak United FC 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Petaling Jaya (PJ) City FC pula menewaskan pasukan tercorot Penang FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Pemain KDA FC Mohmoud Nayef Ahmad Almardi cuba melepasi pemain JDT Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Arif Aiman Mohd Hanapi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. --fotoBERNAMA
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.