KUALA LUMPUR: Pendatang baharu Liga Super, Kelantan merakam kemenangan pertama musim ini selepas mengatasi Penang 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.
Dua jaringan skuad bimbingan Choi Moon Sik masing-masing dijaringkan penyerang Ismaheel Akinade menerusi tandukan pada minit ke-21 dan rembatan kencang pemain tengah, Muhamad Fazrul Amir (minit ke-35) cukup memadai untuk Kelantan bangkit meraih tiga mata selepas tewas dalam dua aksi pertama.
Bagaimanapun, pertembungan itu dicemari dengan dua layangan kad merah masing-masing kepada pemain pertahanan Kelantan, Christian Rontini susulan mengutip kad kuning kedua sebelum pemain gantian Hassan Saad diperintah keluar padang dua minit kemudian susulan kekasaran yang dilakukan.
Penang hampir meledak gol pertama pada minit ke-73 tetapi sepakan percuma Narcizo Adriano terkena palang sekali gus keputusan 2-0 kekal memihak Kelantan untuk membolehkan Red Warriors keluar daripada kelompok pasukan tercorot ke kedudukan ketujuh.
Sementara itu, jaringan kapten pasukan Brendan Gan menerusi tandukan ketika permainan berbaki dua minit sebelum masa penuh, menyelamatkan Selangor yang bangkit mengikat Sri Pahang 1-1 pada perlawanan tumpuan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang tadi.
Skuad Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-74 menerusi pemain pertahanan Stefano Brundo yang merembat bola muntah tampanan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid selepas sepakan penalti diambilnya berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan itu.
Pengadil Fitri Maskon tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad bimbingan Fandi Ahmad selepas pemain pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar menjatuhkan Muhammad Baqiuddin Shamsudin.
Bagaimanapun, skuad Gergasi Merah di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe tidak berputus asa mengasak kubu pertahanan lawan sebelum berjaya memperoleh gol penyamaan selepas Brendan menanduk masuk bola sepakan percuma pada minit ke-88.
Sepakan percuma diambil pemain gantian Yohandry Orozco pada masa kecederaan babak kedua hampir memberi kejayaan meraih tiga mata buat Selangor, namun percubaannya hanya menggegar palang.
Satu mata diraih bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah Cheng Hoe dalam saingan liga sejak membimbing Selangor pada penghujung September tahun lepas, malah melonjakkan pasukan ke persada liga dengan mengumpul tujuh mata sementara Sri Pahang di kedudukan kelima dengan lima mata.
Dalam pada itu, Terengganu mengutip mata pertama selepas aksi menentang Kuala Lumpur City berakhir seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Pemain Kelantan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman (dua, kiri) meraikan garingan gol kedua Kelantan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang pasukan Penang pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. - Foto BERNAMA
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.
KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC
Park Jaehong akan memastikan pemainnya bermain secara terbuka supaya jaringan dapat dilakukan ketika menentang TFC esok.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.