awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Masalah kewangan ancam jumlah pasukan musim depan

Bernama
Bernama
29/10/2023
14:18 MYT
Liga Super: Masalah kewangan ancam jumlah pasukan musim depan
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam bercakap kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Liga Teqball Malaysia (LTM) 2023 di KL Gateway hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu masalah kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai berpotensi menggugat perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengekalkan jumlah pasukan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam yang menganggap struktur Liga Super dengan penyertaan 14 pasukan ketika ini adalah struktur terbaik pernah dilaksanakan, namun melihat ia bukan satu kemestian.
Mengambil kira isu masalah kewangan dihadapi pasukan yang kembali hangat diperkatakan, Stuart berkata MFL akan melakukan apa sahaja termasuk jika terpaksa mengurangkan jumlah pasukan bertanding demi menjaga imej liga.
"Saingan liga musim ini sepatutnya mempunyai 16 pasukan, penyingkiran Melaka United dan Sarawak United FC adalah disebabkan masalah dalaman mereka.
"Jadi jika timbul isu, kami (MFL) perlu mengurangkan kepada 13 pasukan (musim depan), jika ia harus berlaku, maka ia harus berlaku," katanya yang mahu sebanyak 14 pasukan kekal dalam saingan musim depan, ketika ditemui selepas Majlis Penutup Liga Teqball Malaysia 2023 di sini, hari ini.
Sementara itu, Stuart mengesahkan sebanyak dua pasukan berdepan masalah kewangan dengan salah satunya adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak di media sosial bahawa separuh pasukan bertanding mengalami masalah kewangan.
Pada masa sama, beliau memuji tindakan pemilik Sang Kenari,,Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang berani tampil menjelaskan mengenai masalah kewangan dihadapi pasukan sehingga menyebabkan bayaran gaji pemain dan pegawai tertunggak sejak Ogos lalu, semalam.
Menurut Stuart, beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KDA FC, Khamal Idris Ali baru-baru ini bagi berbincang dan membantu juara Liga Super dua kali itu.
"KDA bukan 'repeat offender' (pesalah berulang), kita bagi ruang kepada pasukan untuk selesaikan masalah ini secara dalaman," kata bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#masalah kewangan
#Liga Bolasepak Malaysia
#jumlah pasukan bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan