ALOR SETAR: Ketua jurulatih PDRM FC Azzmi Aziz tidak menganggap kemenangan mengejut pasukannya ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi sebagai misi yang mustahil untuk dilakukan.
Sebaliknya pengendali berusia 47 tahun itu berkata pasukannya hadir ke Alor Setar dengan persiapan rapi, termasuk membuat perancangan teliti selepas menganalisa corak permainan KDA FC bagi memburu mata.
"Kita akuilah bukan mudah nak menang di Alor Setar melawan pasukan yang sangat baik, tapi kita berazam untuk mendapatkan mata di sini, sebab kita percaya dalam bola sepak tiada yang mustahil.
"Kita analisa dan tengok perlawanan Kedah dengan Terengganu sebelum ini, kita cuba kawal dia punya serangan dan Alhamdulillah dapat gol dan tiga mata," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan 'The Cops' menewaskan 'Sang Kenari' dengan keputusan 1-0, menerusi jaringan Bruno Suzuki pada minit ke-74.
Pada perlawanan itu, Kedah terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kapten pasukan Manuel Ott dilayangkan kad merah dan kemudian Ketua Jurulatihnya Mohd Nafuzi Mohd Zain yang turut menerima nasib sama pada babak kedua perlawanan.
Mengulas mengenai insiden itu, Azzmi yang memuji persembahan keseluruhan anak buahnya yang bermain dengan baik, mengakui kelebihan bermain dengan 11 pemain sedikit sebanyak membantu pasukannya untuk mengatasi Kedah.
Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih KDA FC Victor Andrag berkata tindakan anak buahnya yang terlalu bersemangat mencari gol, menyebabkan persembahan mereka menjadi tidak teratur.
Beliau turut mengakui insiden dua kad merah yang dilayang kepada pemain dan ketua jurulatih KDA FC memberi impak kepada pasukan dan berharap ia menjadi pengajaran untuk pasukan menghadapi saingan seterusnya.
"Memang kita kalah kali ini tapi saya harap kita tidak putus asa sebab perjalanan masih jauh...jadi kita perlu lakukan yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya," katanya yang turut memuji persembahan yang ditunjukkan keseluruhan pasukannya pada perlawanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
PDRM FC hadir ke Alor Setar dengan persiapan rapi, termasuk membuat perancangan teliti selepas menganalisa corak permainan KDA FC. - Foto PDRM
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.