KUALA LUMPUR: Selangor FC berjaya bangkit daripada kekalahan mengejut 0-1 kepada PDRM FC pada Sabtu lepas, dengan mengaibkan Kelantan United FC (KUFC) 7-1 pada aksi Liga Super malam tadi.
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, selepas berjaya melengkapkan hatrik untuk memberikan kekalahan terbesar bagi Kelantan United, yang sebelum ini pernah dimalukan 6-0 oleh juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang menolak masuk hantaran silang rakan sepasukannya.
Enam minit kemudian, Ayron, 35, melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menggandakan jaringan, sebelum membantu Faisal Halim menambah kelebihan jaringan pada minit ke-29.
Sedikit kelekaan penjaga gol Ihlam Amirullah dan benteng pertahanan KUFC, berjaya dimanfaatkan oleh Ayron yang melepaskan rembatan dari jarak 20 meter untuk gol keempat Selangor pada minit ke-45.
Selangor terus menambah derita buat pasukan tuan rumah, apabila pemain import Yohandry Orozco meledak gol menerusi rembatan padu kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-51, sebelum Ayron melengkapkan hatrik dengan satu lagi rembatan pada minit ke-80.
Gol sagu hati KUFC pada aksi yang berlangsung dalam hujan dengan kehadiran lebih 1,200 penonton, dijaringkan oleh Devid Silva menerusi penalti pada minit ke-78.
Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) berjaya melonjak ke kedudukan ketiga, selepas menewaskan Perak FC 3-0 pada aksi 'Derbi Utara' di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Skuad Kenari terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Tajikistan, Amirbek Juraboev pada minit ke-25, sebelum beliau melebarkan jurang menerusi tandukan cantik daripada hantaran lintang kapten pasukan, Lee Andrew Tuck pada minit ke-53.
Penyerang import dari Brazil, William Lira Sousa kemudian menutup akaun jaringan selepas menewaskan penjaga gol Perak, T. Shaheeswaran menerusi tandukan pada minit ke-66.
Keputusan malam tadi menyaksikan Selangor yang berada di tempat kedua, berjaya merapatkan jurang kepada lapan mata di belakang JDT (39 mata) dengan mengutip 31 mata selepas 14 aksi, manakala KDA (28 mata) melonjak ke kedudukan ketiga mengatasi Sri Pahang FC (25 mata).
Perak pula kekal di kedudukan ke-11 dengan sembilan mata, manakala KUFC berada di kedudukan kedua tercorot (13) dengan enam mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim (kiri) diasak pemain Pemain Kelantan United FC Muhammad Fauzan Mohd Fauzi dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. - Foto BERNAMA
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.