awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sri Pahang berdepan masalah kecederaan kritikal

Astro Arena
Astro Arena
22/05/2023
00:24 MYT
Liga Super: Sri Pahang berdepan masalah kecederaan kritikal
Fandi tidak menolak kemungkinan pasukan Tok Gajah itu akan mendapatkan tenaga import baru apabila jendela perpindahan kedua dibuka pada 5 Julai depan. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengakui pasukannya sedang menghadapi masalah kecederaan kritikal di bahagian tengah dan serangan selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadum Darul Makmur pada Sabtu.
Antara pemainnya yang sedang berada dalam senarai kecederaan adalah penyerang import kelahiran Brazil, Lucas Silva, dan perancang utama, Nor Azam Azih.
Kemenangan terbaru itu turut merumitkan lagi masalah berkenaan apabila Sri Pahang kini turut kehilangan khidmat pemain naturalisasi, Sergio Aguero, yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-38.
Jika keadaan itu berlarutan, Fandi tidak menolak kemungkinan bahawa pasukan Tok Gajah itu akan mendapatkan tenaga import baru apabila jendela perpindahan kedua dibuka pada 5 Julai depan.
"Kami akan mengutamakan pemain tengah dan serangan kerana kami mengalami banyak (masalah) kecederaan di bahagian itu," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Astro Arena.
"Kasihan Kpah (Sherman) kerana sampai saat ini, masih belum ada seorang penyerang yang boleh berkombinasi dengannya.
"Kami masih tidak tahu Lucas memerlukan satu atau dua bulan untuk pulih, jadi sejak dari mula, kami tidak dapat seorang penyerang yang boleh berganding dengan Kpah.
"Ramai ejen menghantar calon sehingga saya pening tetapi kami perlu tahu penyerang seperti apa yang kami mahukan.
"Kami memerlukan penyerang yang memiliki larian pantas kerana kami kekurangan kelajuan di bahagian depan tetapi bahagian sayap kami bagus, Alhamdulillah," katanya.
Topic Berkaitan
#Sri Pahang FC
#Fandi ahmad
#cedera
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan