Kemarau 9 tahun tamat selepas Pahang akhirnya berjaya menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Super malam tadi.

Pertahanan Selangor Robert Cornthwaite membuka jaringan seawal minit ke-5 hasil hantaran Andik Vermansyah melalui sepakan percuma untuk memberikan The Red Giants mendahului perlawanan.

Skuad kendalian Zainal Abidin terus berusaha melakukan serangan, penyerang Dickson Nwakaeme melakukan rembatan pada minit ke-7, namun peluang yang dilakukannya tersasar.

The Red Giants turut melakukan beberapa serangan balas namun tidak berjaya melepasi barisan pertahanan Zesh Rahman.

Pada minit ke-37, Dickson Nwakaeme berjaya melakukan lorongan kepada Gopinathan Ramachandra untuk menyamai kedudukan, tetapi penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad memastikan Selangor kekal mendahului perlawanan sehingga babak pertama tamat.

Pahang tidak hilang momentum untuk babak kedua perlawanan, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Zesh Rahman melakukan rembatan daripada luar kotak penalti menewaskan Hamsani Ahmad.

Kesilapan barisan pertahanan Selangor jelas membawa padah selepas Mattias Conti berjaya memberikan jaringan kedua buat Pahang.

Selangor yang semakin terdesak mencari jaringan penyamaan, namun kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan memberikan peluang kepada Hafiz Kamal untuk menjaringkan gol ketiga skuad Tok Gajah.

Keputusan lain,

Lions XII 3 Kelantan 0

JDT 2 PDRM 1

Perak 2 ATM 1

Terengganu 4 Sarawak 2

Felda United 2 Sime Darby 2