Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui apa yang berlaku di Selangor sehingga ADUN Kajang itu mengumumkan perletakan jawatannya semalam.
Menurut Lim, beliau tidak dimaklumkan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengetahui perkara itu termasuk calon yang bakal bertanding pada pilihanraya kecil nanti hanya menerusi media.
“Saya pun baru tahu mengenai perkara tersebut melalui akhbar dan berita keluaran Malaysiakini. Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan dan perkembangan di Selangor sama ada mengenai perletakan jawatan oleh Adun Kajang atau pun mengenai jawatan Menteri Besar Selangor dan saya rasa saya tidak sesuai untuk membuat komen tentang apa yang berlaku di Selangor,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ketika ditanya mengenai perasaan beliau berhubung perkara itu, Lim berkata perasaannya tidak penting dan enggan mengulas lanjut mengenainya dan memaklumkan Anwar adalah individu paling layak menjawab.
Semalam, Adun Kajang, Lee Chin Cheh mengumumkan perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa serta merta.
Lee Chin Cheh dari PKR, mendapat 19,571 undi menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan lima calon, Lee Ban Seng (BN) mendapat 12,747 undi, Mohamad Ismail (BERJASA) mendapat 1014 undi, Ir Mohd Iwan Jeffrey Abdul Majid (Bebas) mendapat 249 undi, Ong Yau Foo (Bebas) mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim (Bebas) mendapat 83 undi.
Lim berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh semalam.
Lim terdahulu, menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Polis Bantuan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Holdings Bhd di Georgetown hari ini.
Astro Awani
Tue Jan 28 2014
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.