Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) perlu dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen.

Cadangan itu dikemukakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkannya bukan sahaja memudahkan tetapi mengelakkan kesulitan pada pengundi.

Jelas Kit Siang beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin PR.

“Di antara empat negeri di bawah PR, Dun Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian,” kata Kit Siang.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dewan undangan negeri itu akan dibubarkan pada 22 April sekiranya Kerajaan Persekutuan masih belum membubarkan Parlimen.