awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Kok Wing dilantik penasihat TVET

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2018
12:38 MYT
Lim Kok Wing dilantik penasihat TVET
Tan Sri Prof Emeritus Dr Lim Kok Wing diumumkan sebagai penasihat TVET Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof Emeritus Dr Lim Kok Wing diumumkan sebagai penasihat TVET Malaysia.
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, pelantikan Lim adalah kerana sumbangannya yang signifikan terhadap pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Richard turut mengumumkan cadangan penubuhan Majlis TVET yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebahagian daripada Majlis Modal Insan (MMI).
“Telah dipersetujui bahawa kita akan menubuhkan Majlis TVET Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ini adalah satu langkah yang sangat penting bagi TVET Malaysia."
Beliau ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan TVET Malaysia Peringkat Menteri, di Cyberjaya.
Mesyuarat berkenaan merupakan satu manifestasi terhadap kesediaan semua pihak berkaitan kerjasama dalam mengarusperdanakan TVET seperti yang pernah digariskan oleh Perdana Menteri ketika pelancaran TVET Malaysia serta ucapan Bajet 2018 sebelum ini.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah, model penglibatan industri, model pembiayaan TVET, pemadanan permintaan dan penawaran, kolaborasi strategik penyedia TVET dan usaha mencapai 35 peratus tenaga mahir pada tahun 2020.
Topic Berkaitan
#Dr Lim Kok Wing
#Presiden Universiti Limkokwing
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan