awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Kok Wing letak jawatan sebagai penyelaras kempen Najib - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2015
09:48 MYT
Lim Kok Wing letak jawatan sebagai penyelaras kempen Najib - Laporan
Lim dilaporkan melepaskan jawatannya awal bulan ini selepas sebulan lebih memegang jawatan tersebut.
Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meletak jawatan sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini.
Beliau dilaporkan melepaskan jawatannya awal bulan ini selepas sebulan lebih memegang jawatan tersebut.
Menurut laporan TMI yang memetik sumber, penjawatan Lim berakhir awal Julai selepas beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya.
Menurut TMI lagi, Lim, 69 tahun, telah dilantik memegang jawatan tersebut pada 22 Mei lalu, menyertai beberapa lagi tokoh lain sebagai penasihat Najib termasuk Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Perlantikan Lim itu dipercayai bagi membantu melonjak imej Najib.
Beliau yang juga seorang pakar pengiklanan dan pendidik, sebelum ini turut dikreditkan untuk kempen seperti kempen anti-merokok 'Tak Nak' dan program 'Satu Hati, Satu Negara'.
Beliau juga merupakan presiden dan pengasas sebuah universiti swasta tempatan terkemuka, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang terletak di Cyberjaya.
Lim juga diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik edisi 2009-2010 sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan jenama syarikatnya.
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#lim kok wing
#penasihat Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan