awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima anggota tentera terbaru suspek IS sedang disiasat - Hishammuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/08/2015
09:29 MYT
Lima anggota tentera terbaru suspek IS sedang disiasat - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Kita bekerjasama dengan agensi risikan dunia dan saya bimbang kalau tiada tindakan tegas perkara ini akan menular dalam masyarakat kita. - Gambar Fail
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan setakat ini 11 anggota tentera disyaki terlibat dengan kegiatan militan IS.
Ia termasuk penahanan terbaru melibatkan lima anggota tentera berpangkat rendah yang ketika ini sedang disiasat oleh pihak Cawangan Khas PDRM Bukit Aman.
"Saya mengesahkan lima anggota ATM telah diserahkan kepada PDRM dua hari lalu kerana ada kaitan dengan kegiatan IS," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu di sini siang tadi.
Pada masa sama, beliau memaklumkan pihaknya sentiasa memberi fokus penuh terhadap ancaman IS yang menular di seluruh dunia.
"Kita bekerjasama dengan agensi risikan dunia dan saya bimbang kalau tiada tindakan tegas perkara ini akan menular dalam masyarakat kita," ujar Hishammuddin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada khamis mengesahkan 10 suspek diberkas termasuk enam anggota pasukan keselamatan.
Suspek terlibat juga dipercayai merancang untuk membeli senjata api bagi melancarkan serangan di dalam negara.
Topic Berkaitan
#ATM
#cawangan khas
#Hishammuddin Hussein
#IS
#militan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan