awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima buah lagi PPV di Sandakan ditutup mulai 15 Oktober ini

Radhi Muslim
Radhi Muslim
02/10/2021
08:37 MYT
Lima buah lagi PPV di Sandakan ditutup mulai 15 Oktober ini
Salah sebuah PPV iaitu PPV Dewan Hakka yang ditutup pada 30 September lalu. - Foto Bernama.
SANDAKAN: Lima buah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sandakan akan ditutup mulai 15 Oktober ini.
Ia melibatkan PPV Dewan Yu Yuan; PPV Dewan Tiong Hua; PPV Dewan Gum-Gum; PPV Dewan Masyarakat Sandakan dan PPV Dewan Libaran.
Menurut Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, penutupan secara berperingkat itu dibuat susulan kadar kehadiran program vaksinasi COVID-19 secara walk-in semakin berkurangan.
"Pada 30 September lalu, kita menutup dua PPV iaitu PPV Dewan Hakka dan Dewan Batu Sapi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Menurutnya, dianggarkan 150,000 daripada 323,100 penduduk dewasa di Sandakan termasuk bukan warganegara masih belum mendapat dos pertama vaksin.
Dr Johari memberitahu, pihaknya belum membuat perancangan bagi program pemberian vaksin selepas tarikh itu.
Bagaimanapun, katanya, program outreach vaksinasi akan diteruskan di daerah Sandakan.
Terdahulu, Sandakan yang berada di Zon 5 bersama Tongod, Kinabatangan dan Telupid tidak dapat melaksanakan rentas daerah mengikut zon selepas gagal mencapai 60 peratus penduduk lengkap divaksinasi.
Setakat 1 Oktober, Sandakan merekodkan 57.8 peratus penerima dos pertama manakala 49.69 peratus bagi lengkap dua dos.
Topic Berkaitan
#PPV Sandakan
#tutup
#Sandakan
#Dr Johari Awang Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan