awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar

Bernama
Bernama
30/01/2023
03:20 MYT
Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar
Lima daripada keseluruhan 15 gerai di Medan Selera Sri Kendong, Kota dekat sini yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran pagi ini. -Foto media sosial
SEREMBAN: Lima daripada keseluruhan 15 gerai di Medan Selera Sri Kendong, Kota dekat sini yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata 16 anggota dari Balai Bomba Kota dan Tampin digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 5.14 pagi.
"Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus.
"Api merebak terlalu cepat disebabkan angin yang kuat ketika itu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 7.27 pagi," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Medan Selera Sri Kendong
#Ahmad Hafezze Mat Junoh
#gerai makanan terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan