SHAH ALAM : Setelah berjalan kaki sejauh 312 kilometer (km) dari Tol Skudai bagi membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemandu teksi, Norazlan Ismail akhirnya selamat tiba di Pintu 3 Istana Negara pada Isnin.
Bapa kepada lima cahaya mata itu nekad mengarungi hujan panas selama lima hari untuk ke ibu negara atas desakan dan kepayahan hidup yang dialaminya.
Kongsinya, idea untuk berjalan kaki itu timbul setelah melihat usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin yang menyokong pengeluaran tersebut ditolak oleh kerajaan.
“Justeru, datang satu jalan yang nak tunjukkan bahawa orang bawahan macam saya memang sangat memerlukan (wang pengeluaran KWSP) untuk menyelesaikan hutang-hutang sedia ada.
“Terima kasih kepada NGO, pemimpin tidak kira kerajaan ataupun blok pembangkang yang bersusah payah, daripada merekalah datangnya ilham saya.
“Alhamdulillah, harap perkara ini dapat lembutkan hati pemimpin kita,” katanya menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di media sosial pada Isnin.
Pada Isnin, Norazlan yang berpakaian kot dan bersongkok dilihat tiba di Pintu 3 Istana Negara kira-kira jam 11.03 pagi ditemani Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Pada 29 Mac lalu, Norazlan mencuri tumpuan ramai apabila nekad berjalan kaki sejauh 312km dari Tol Skudai ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kesusahannya disedari pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norazlan mengakui tindakan itu umpama 'misi gila', namun dia menganggapnya sebagai usaha agar kerajaan memahami betapa terdesak individu sepertinya mahukan pengeluaran caruman KWSP.
Sementara itu, berkongsi tentang keadaan kesihatannya sepanjang perjalanan, Norazlan memberitahu, selain berdepan cuaca tidak menentu termasuk hujan, dia hanya mengalami masalah kaki melecet, namun masih tetap semangat untuk mengharungi cabaran tersebut.
“Alhamdulillah sekadar melecet sahaja, tetapi dengan semangat yang saya bawa dari Johor menambahkan kelajuan saya berjalan.
“Sepanjang perjalanan, ramai tegur dan nak hulurkan pertolongan. (Ada yang) nak tumpangkan, beri duit. Tetapi bukan itu motif saya. Kalau nak orang tumpangkan, baik saya naik bas dari Johor ke Kuala Lumpur. Tidak perlu susah-susah saya (jalan kaki).
“Saya nak pemimpin nampak perkara ini, syukur saya berjaya. Walaupun saya tidak dapat jumpa Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), tetapi Alhamdulillah saya dapat cenderahati daripada Tuanku, bermaksud Seri Paduka Baginda tahu saya ada di sini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 03 2023
Norazlan berkata, idea untuk berjalan kaki itu timbul setelah melihat usaha beberapa NGO dan pemimpin yang menyokong pengeluaran tersebut ditolak oleh kerajaan. - Gambar/ Sinar Harian
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti
Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.
Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah
Seorang lelaki bertekad memulakan perjalanan secara solo dengan berjalan kaki sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah.
Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP
Setelah berjalan kaki sejauh 312 km dari Skudai bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP, pemandu teksi, akhirnya tiba di Pintu 3 Istana Negara pada Isnin.
Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah.
PRU15: Dua wanita Orang Asli berjalan 15km di laluan balak untuk mengundi
Dua wanita Orang Asli suku kaum Temiar berjalan kaki sejauh 15 kilometer ke pusat mengundi di SK Kuala Betis, di Gua Musang.
Langkah pasca COVID-19: Sampai bila rakyat harus berjalan kaki di Tambak Johor?
Memang benar COVID-19 telah menghambat ekonomi dunia dan menyebabkan jumlah pelancong ke Malaysia merudum. Akan tetapi, ekonomi negara dan dunia juga dijangka meningkat setelah pandemik ini berakhir.
COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami
Herman Sudil memberitahu ibunya datang ke Johor Bahru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.
Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser
Tiga sahabat mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.
Empat cedera jambatan runtuh di Prague
Empat cedera dalam satu kejadian tanah runtuh di Prague, Republik Czech pada Sabtu.