awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima hotel yang terpaksa ditutup gara-gara COVID-19

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
01/05/2020
06:54 MYT
Lima hotel yang terpaksa ditutup gara-gara COVID-19
G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan. - Gambar hiasan
Tahukah anda sejak berlakunya krisis pandemik COVID-19 ini pengusaha-pengusaha hotel antara mereka yang berdepan detik yang sangat sukar apabila tiada lagi tetamu yang berkunjung ke premis mereka.
Ini menyebabkan beberapa hotel terpaksa mengambil langkah perit dengan menutup terus operasi hotel mereka.
Berikut adalah lima hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu.
1- G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.
2- Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain
3- Ramada Plaza Melaka Hotel yang mempunyai 294 bertaraf lima bintang turut tidak terkecuali daripada berdepan penutupan.Ia telah mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.
4- Salah sebuah hotel tertua di Ipoh, Syeun Hotel, adalah yang terbaru untuk menutup pintunya secara kekal kerana kesan wabak COVID-19. Notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis (30 April) yang dihantar kepada kakitangannya yang menyatakan bahawa hotel akan ditutup pada akhir 31 Mei telah diedarkan secara meluas di media sosial.
5- Kinta Riverfront Hotel and Suites turut akan ditutup secara kekal kerana masalah kewangan yang diperburukan oleh perintah kawalan pergerakan (MCO). Hotel ini ditutup pada 30 April dan merupakan yang kedua untuk mengumumkan penutupan di Ipoh kerana MCO, setelah Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupannya awal bulan ini.
Melihat kepada trend ketika ini,mungkin banyak lagi hotel-hotel kecil dan bertaraf antarabangsa mungkin akan menghadapi masalah yang serius berikutan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#G City Club Hotel Sdn Bhd
#hotel
#Ipoh
#koronavirus
#Media
#media sosial
#Mercure Penang Beach
#operasi
#Ramada Plaza Melaka Hotel
#The Gurney Resort Hotel and Residences
#Travelodge Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan