awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima jam menanggung kesakitan terperangkap di dalam lori terjunam ke gaung

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
02/01/2018
23:28 MYT
Lima jam menanggung kesakitan terperangkap di dalam lori terjunam ke gaung
Pemandu lori tersepit lima jam sebelum berjaya diselamatkan selepas lori terjatuh gaung - Gambar Astro Awani
Lima jam menanggung kesakitan.
Itu pengalaman mengerikan ditempuh seorang pemandu lori selepas tersepit dalam lorinya yang terjunam ke dalam gaung di Kampung Mat Lagam, Kemaman, Terengganu pada petang Selasa.
Namun, usaha menyelamatkannya berdepan kesukaran kerana sebahagian kepala lori berkenaan tenggelam di dalam parit.
Ketika kejadian mangsa Abd Rahman Che Ruas, 56 tahun dan isterinya Norazah Lahan, 54 tahun sedang menuju ke Kuantan dari Chukai.
Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori tujuh tan tanpa muatan itu secara tiba-tiba terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.
Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan di tangan dan kakinya.
Sementara itu, Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata, usaha menyelamatkan mangsa sukar dengan keadaan kepala lori di dalam parit.
Bagaimanapun, katanya dengan kerja keras 20 anggota bomba, serta penggunaan beberapa jentera berat, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan.
"Mangsa pertama kita berjaya keluarkan dalam tempoh 10 minit pada kira-kira 2.30 petang, namun mangsa kedua kita mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkannya.
"Kita berdepan kesukaran kerana lori ni terlalu berat dan terpaksa meminta bantuan jentera-jentera berat, termasuk eskavator dan kren dalam operasi mengeluarkan mangsa," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Azmi berkata, mangsa kedua berjaya dikeluarkan kira-kira 7 petang selasa.
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berjaya diselamatkan itu kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut
Katanya, isteri mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Topic Berkaitan
#bomba
#gaung
#Hospital
#jatuh
#Kemaman
#Kuantan
#Lori
#mangsa
#operasi
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan