awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kawasan catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia

Bernama
Bernama
25/05/2023
11:44 MYT
Lima kawasan catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia
Tahap berjaga-jaga tersebut merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu setakat 4.30 petang ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan, serta Raub dan Bentong di Pahang.
Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Selangau.
Tahap berjaga-jaga tersebut merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Semenanjung Malaysia
#Pahang
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan