LONDON: Pengarah Kanan Penyelidikan, Advokasi, Dasar dan Kempen Global di Amnesty International, Erika Guevara Rosas, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan serta kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata situasi yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin tidak boleh terus diabaikan oleh masyarakat antarabangsa.
Genocide is genocide.
Ethnic cleansing is ethnic cleansing.
Apartheid is apartheid.
Occupation is occupation.
Israel is committing all these atrocities against Palestinians…
We cannot look away. We must all speak out. Humanity must win pic.twitter.com/RdpFYcc9cV— Erika Guevara Rosas (@ErikaGuevaraR) September 15, 2026
Beliau turut menggesa masyarakat global supaya terus bersuara dalam mempertahankan hak serta nyawa penduduk yang terjejas akibat konflik berkenaan.
Menurut Guevara Rosas, masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian yang jelas terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku.
"Genosid adalah genosid. Pembersihan etnik adalah pembersihan etnik. Aparteid adalah aparteid. Pendudukan adalah pendudukan.
"Israel sedang melakukan semua kekejaman ini terhadap rakyat Palestin. Kita tidak boleh memalingkan pandangan.
"Kita semua mesti bersuara. Kemanusiaan mesti menang," katanya menerusi hantaran tersebut.
Kenyataan lantang daripada pegawai tinggi pertubuhan hak asasi manusia global itu dibuat susulan laporan berterusan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing menimpa jutaan warga Palestin ketika ini.