awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2022
01:55 MYT
Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya
Keadaan kenderaan selepas terlibat kemalangan. - Foto ihsan PDRM
SEREMBAN: Lima kenderaan terlibat kemalangan selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad.
Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.
"Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
pic.twitter.com/JL1rzxe8ks
— * (@anthraxxx781) June 5, 2022
"Akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.
"Tayar berkenaan terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun," katanya.
Nanda berkata, bagaimanapun kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#hilang kawalan
#Nanda Maarof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan