JOHOR BAHRU: Lima lelaki ditahan kerana terlibat kegiatan judi dalam talian yang beroperasi di sebuah pusat panggilan (calling centre) di Pangsapuri Tepian Bayu, Jalan Sultanah Aminah, Marina Cove di sini pada Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada jam 6 petang dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis yang diserbu itu merupakan merupakan 'calling centre' menawarkan aktiviti perjudian dalam talian.
"Selain itu sindiket ini mempunyai kutipan harian hingga RM15,000 dengan menyasarkan pelanggan dari Singapura. Premis ini telah beroperasi sejak Mac 2022," katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Khamis.
Beliau berkata, menerusi serbuan itu juga pihaknya merampas empat komputer riba, 20 telefon bimbit, tiga buah modem wifi, satu wifi, dua kad akses dan wang tunai RM3,950.
Menurutnya, semua suspek yang ditahan itu berperanan sebagai operator tambah nilai dan cuci kredit serta ditugaskan berinteraksi dengan pelanggan untuk mempromosikan judi dalam talian.
Jelas beliau, semua transaksi dilakukan secara perbankan dalam talian menerusi beberapa akaun yang telah dikenal pasti dan semuanya melibatkan akaun bank di negara ini.
"Gaji yang diterima mereka antara RM3,000 sebulan dan diberi komisyen sebanyak 15 peratus," katanya.
Menurut Kamarul, semua suspek direman selama empat hari bermula Rabu sehingga 1 Oktober ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana mempromosi perjudian dalam talian, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 30 2022
Kamarul Zaman menunjukkan beberapa buah komputer yang dirampas selepas melakukan serbuan di sebuah pangsapuri. - Foto Sinar Harian
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Lima lelaki terbabit sindiket 'calling centre' ditahan
Kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada jam 6 petang.