awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut terbakar dalam nahas treler-kereta dekat Terowong Menora

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/10/2018
12:09 MYT
Lima maut terbakar dalam nahas treler-kereta dekat Terowong Menora
Lima individu terkorban setelah terbakar dalam kemalangan treler dengan kereta di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan. -Foto Sinar Harian
Polis mengesahkan lima individu terkorban setelah terbakar dalam satu kemalangan treler dengan kereta di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.
Siasatan awal polis mendapati treler yang membawa muatan bijih besi dari arah selatan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.
Treler berkenaan dikatakan telah menghimpit dan menggesel beberapa buah kenderaan lain sebelum mengheret kereta mangsa di lorong kanan.
Kereta mangsa yang terhimpit pada pembahagi jalan di sebelah kanan badan treler itu kemudian terbakar.
Akibat kemalangan, kesemua mangsa tersepit di dalam kereta.
Pemandu treler berusia 41 tahun yang beralamat di Alor Setar, Kedah, tidak mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bijih besi
#kemalangan
#kemalangan treler dengan kereta
#Lebuhraya Utara Selatan
#pemandu treler
#PLUS
#terbakar
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan