awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima nyaris maut kereta dinaiki terbakar selepas bertembung motosikal

Bernama
Bernama
17/10/2020
20:32 MYT
Lima nyaris maut kereta dinaiki terbakar selepas bertembung motosikal
Pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden itu pada 10.17 malam serta tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian dengan kekuatan 18 anggota.
ALOR SETAR:Lima individu nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di KM74.2 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gurun malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berumur lingkungan lapan hingga 60 tahun.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden itu pada 10.17 malam serta tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian dengan kekuatan 18 anggota termasuk pegawai bagi operasi menyelamat dan memadam kebakaran.
"Semasa pasukan keluar operasi tiba di lokasi, didapati kebakaran berlaku yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM selepas kedua-dua kenderaan tersebut terlibat dengan kemalangan.
"Peratus kebakaran kedua-dua kenderaan dianggarkan 95 peratus," menurutnya dalam kenyataan ringkas.
Mohamadul Ehsan berkata penunggang motosikal yang merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun cedera dalam kemalangan itu dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut manakala kelima-lima individu tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuh Raya Utara-Selatan
#Gurun
#operasi
#bomba
#mangsa
#Proton
#maut
#wanita
#kereta
#kebakaran
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#nyaris maut
#Remaja perempuan
#Hospital Sultanah Bahiyah
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan