Skip to main content

Malaysia

Lima parah termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan di Penampang

Operasi yang dibantu anggota polis dan KKM itu ditamatkan pada 7.57 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal. - Foto JBPM Negeri Sabah
Operasi yang dibantu anggota polis dan KKM itu ditamatkan pada 7.57 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal. - Foto JBPM Negeri Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Lima individu termasuk dua kanak-kanak cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bundusan, Penampang, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang cedera parah ialah seorang wanita berusia 37 tahun yang memandu Perodua Axia, serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia lapan tahun dan lima tahun, manakala seorang bayi mengalami cedera ringan.

"Dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux berusia 20 tahun, iaitu pemandu dan seorang lagi yang belum dikenal pasti juga mengalami cedera parah," menurut kenyataan itu.

JBPM memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.49 pagi sebelum sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi dan tiba di tempat kejadian pada 7.10 pagi.

Semua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Operasi yang dibantu anggota polis dan KKM itu ditamatkan pada 7.57 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement