DENPASAR: Sekurang-kurangnya lima pekerja hotel di pulau peranginan Bali, Indonesia maut selepas kabel lif yang mereka naiki terputus dan terjunam ke dalam jurang 100 meter (m).
Media tempatan melaporkan insiden sekitar jam 1 petang (waktu tempatan) pada Jumaat itu berlaku di Ayuterra Resort di daerah Ubud, kira-kira 22 kilometer (km) dari Denpasar.
Ketua Polis Ubud, Made Uder berkata, siasatan awal menunjukkan kabel itu putus kerana lif terlalu berat sehingga menyebabkannya jatuh pada kecondongan 35 darjah.
Katanya lagi, polis juga sedang meneliti kemungkinan terdapat elemen kecuaian pihak pengurusan dan juruteknik yang tidak melakukan penyelenggaraan secara berterusan.
"Faktor cuai, pengabaian keselamatan semua aspek ini perlu disiasat," ujar Made.
Difahamkan, mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.
Tiga daripada mangsa dikatakan masih bernyawa dan dikejarkan ke hospital berhampiran, sebelum dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Pusat peranginan itu terletak di atas tebing dan perkhidmatan kereta kabel tersebut biasanya digunakan oleh tetamu dan pekerja untuk memasuki ke kawasan resort itu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023
Pusat peranginan itu terletak di atas tebing dan perkhidmatan kereta kabel tersebut biasanya digunakan oleh tetamu dan pekerja untuk memasuki ke kawasan resort itu. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
AWANI Borneo [14/05/2024] - Hilang kawalan | SUKMA 2024 | Komitmen naik taraf
#AWANIBorneo Selasa, 14 Mei 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Lima pekerja hotel maut kabel lif terputus
Sekurang-kurangnya lima pekerja hotel di pulau peranginan Bali, Indonesia maut selepas kabel lif yang mereka naiki terputus dan terjunam ke dalam jurang 100 meter (m).