KUALA LUMPUR:Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah ini, sebanyak 816 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) pada 5 Februari, 2021:

1) Sebanyak 3,391 kes positif baharu dikesan, menjadikan kes keseluruhan kini adalah sebanyak 234,874 kes.

2) Sebanyak 3,392 kes sembuh dicatatkan, dengan jumlah kumulatif ialah sebanyak 185,278 kes.

3) Kes kematian menyaksikan pertambahan sebanyak 19 kes, dengan jumlah keseluruhan 845 kes.

4) Jumlah kes aktif kini adalah 48,751 kes.

5) 15 kluster baharu dikenal pasti hari ini.

BACA: COVID-19: 3,391 kes baharu, 19 kematian direkodkan