Seramai 18 individu yang degil untuk memakai pelitup muka di kawasan awam adalah antara 68 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini (Rabu, 16 September 2020):

1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 59,899 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

2) PDRM menahan 68 individu atas pelbagai kesalahan, dua individu direman.

3) Sebanyak menahan 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan dua tekong ditahan menerusi Operasi Benteng.

4) Dari 24 Julai hingga 15 September lalu, 29,438 individu memasuki Malaysia. Daripada jumlah itu, 9,737 individu diarahkan menjalani kuarantin wajib.

5) Sebanyak 19 premis tidak mematuhi SOP diberi nasihat.