awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Nelayan dilaporkan hilang di perairan Kuala Terengganu
MALAYSIA
Malaysia ulangi sokongan terhadap usaha perkasa NGO Islam di Asia Tenggara - Mohd Na'im
DUNIA
Iran mampu bina semula kemudahan nuklear - Grossi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Lima pondan ditahan, rumah urut gaji pekerja Islam diserbu di Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
07/12/2023
01:30 MYT
Sponsor Banner
Lima pondan ditahan, rumah urut gaji pekerja Islam diserbu di Ipoh
Seorang pondan (kanan) cuba melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak dalam Op Cegah Pondan di sekitar bandaraya Ipoh baru-baru ini.
IPOH: Seramai lima orang pondan ditahan dalam Op Cegah Pondan yang dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sekitar bandar raya ini, baru-baru ini.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk dalam satu kenyataan memberitahu, dalam serbuan itu pihaknya berjaya menahan lima pondan yang berasal dari Thailand.
Katanya, dua lelaki turut ditahan dalam operasi berkenaan.
"Dalam serbuan tersebut, lima orang pondan yang berasal dari Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.
"Dalam pada itu dua lelaki juga ditahan bagi tujuan dokumentasi dan kemudian dilepaskan dengan jaminan penguat kuasa agama,"katanya pada Rabu.
Tambahnya, mengikut Seksyen 55 Enakman Jenayah Syariah Perak (EJSPk), seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah satu kesalahan.
Katanya, jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk jelas kelihatan ada yang lari bertempiaran ketika didekati anggota penguat kuasa.
Sementara itu, dalam operasi berasingan, sebuah pusat pusat refleksologi atau rumah urut di kawasan sekitar Gunung Rapat turut diserbu.
Katanya, rumah urut itu dikendalikan oleh seorang wanita beragama Islam dengan menggajikan lima tukang urut, kesemuanya beragama Islam.
"Dalam serbuan tersebut, dua lelaki dalam keadaan tidak berpakaian turut ditahan ketika sedang leka menerima urutan.
"Semua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 54 EJSPk 1992 (khalwat) dan Seksyen 29 enakmen sama (menggalak maksiat).
"Jika disabit bersalah boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali," katanya.
Topic Berkaitan
#lima pondan ditahan
#rumah urut
#Op Cegah Pondan
#Jabatan Agama Islam Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami