awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima rakyat Malaysia di Gaza selamat, menunggu proses evakuasi - Zambry

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/10/2023
03:26 MYT
Lima rakyat Malaysia di Gaza selamat, menunggu proses evakuasi - Zambry
Zambry berkata, lima orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Gazav adalah seorang ibu bersama tiga anaknya dan seorang doktor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Gaza susulan pertempuran antara Israel dan Hamas kini berada dalam keadaan selamat.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, lima individu itu termasuk seorang ibu yang bertugas sebagai doktor, Dr Nurul Ain Latiff bersama tiga orang anaknya yang kini berada di kawasan konflik.
Manakala, seorang lagi wanita sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas bersama suaminya dan kini sedang membuat perancangan untuk keluar dari kawasan itu melalui sempadan Rafah.
"Mereka berada di tempat yang selamat. Kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi untuk Dr Nurul Ain.
"Sehingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina untuk mengeluarkan keluarga ini bersama dengan lapan warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) pada sesi pertanyaan menteri, yang bertanya mengenai langkah atau bantuan sokongan yang akan diberikan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Tebing Barat.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, Wisma Putra juga sedang memantau kedudukan rakyat Malaysia lain, sekiranya ada, di kawasan terbabit.
"Sehingga setakat ini, belum ada laporan lain yang melibatkan kedudukan rakyat Malaysia.
"Melainkan beberapa hari lalu ada rombongan melibatkan rakyat Malaysia dan Singapura yang berada di kawasan Baitulmaqdis, (tetapi) telah dikeluarkan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Zambry Abd Kadir
#Perang Israel-Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan