awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima termasuk dua remaja pemburu haram ditahan di Nabawan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
28/08/2021
08:52 MYT
Lima termasuk dua remaja pemburu haram ditahan di Nabawan
Kesemua suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda. - Ihsan PGA
KOTA KINABALU: Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 38, Nabawan sempadan Hutan Simpan Ulu Pinangah, dekat sini, pada Jumaat
Operasi jam 4.10 petang yang dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah itu turut merampas selaras senjata api jenis Bakakuk.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kelima-lima suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui selaras Bakakuk bersama 17 butir peluru yang dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti pemburuan haram.
“Dalam kes tersebut, pasukan operasi turut merampas pelbagai barangan termasuk senjata api dan kenderaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM47,170,” katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Abduh berkata, semua suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#pemburuan haram
#Sabah
#Mohd Abduh Ismail
#Jabatan Hidupan Liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan