KUALA LUMPUR:Sebanyak 1,925 kes kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia ialah 108,615 kes.

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

1. Daripada jumlah itu, 10 daripada adalah kes import.

2. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 adalah 21,443 kes.

3. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes.

4. Terdapat pertambahan dua kematian hari ini, menjadikan kes kematian kepada 457.

5. Sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)