awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima vesel penangkapan ikan ditahan, rampasan bernilai RM2.5 juta

Bernama
Bernama
27/05/2022
12:50 MYT
Lima vesel penangkapan ikan ditahan, rampasan bernilai RM2.5 juta
Lima vesel penangkapan ikan tempatan ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa kawasan perairan negara. - Foto Facebook/Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
PUTRAJAYA: Lima vesel penangkapan ikan tempatan ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa kawasan perairan negara.
Operasi selama lima hari sejak Isnin lepas di perairan Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Pulau Langkawi melibatkan hasil rampasan bernilai kira-kira RM2.5 juta membabitkan empat vesel pukat tunda Zon C dan sebuah vesel pukat tunda Zon B serta 900 kilogram (kg) ikan bernilai RM13,400.
Menurut kenyataan Jabatan Perikanan hari ini, kesemua vesel itu ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru asing tanpa sebarang kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan.
"Kesalahan lain adalah melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar kawasan dibenarkan, tidak mengusahakan vesel sendiri dan memasuki perairan negeri lain," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 68 anggota terlibat dalam operasi berkenaan termasuk 53 dari Jabatan Perikanan dan 15 anggota PGU PDRM dengan menggunakan tiga bot jabatan serta dua pesawat iaitu Caravan dan King Air milik PGU PDRM.
"Operasi ini bagi menjamin sekuriti makanan negara membawa kepada kedaulatan keselamatan perairan negara dan jaminan keselamatan nelayan tempatan sepanjang di laut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vesel
#ditahan
#vesel penangkapan ikan
#jabatan perikanan
#pasukan gerakan udara
#PGU
#PDRM
#DOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan