LANGKAWI: Umpama menonton babak-babak mencemaskan dalam filem PASKAL, pembukaan rasmi Segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Resort World Langkawi dekat sini benar-benar memukau sesiapa yang menyaksikannya.
Ia bermula dengan beberapa perenang tempur Pasukan Khas Laut (PASKAL) terjun dari helikopter operasi maritim AW139 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum bergerak secara senyap, pantas dan ketepatan yang jitu, menyelam ke arah kolam infiniti berhadapan dengan pentas utama.
"Tuan-tuan dan puan-puan, para penyelam sudah berada di sini! Mereka berjaya menghampiri pentas utama tanpa dapat dilihat, dikesan dan dijangka," kata pengacara majlis, menyebabkan semua hadirin tidak henti-henti mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit masing-masing.
Dua anggota PASKAL terbabit membawa kotak berisi plak perasmian kepada Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob untuk diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyempurnakan perasmian segmen itu.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Meskipun cuaca panas terik, orang ramai tetap tidak berganjak untuk menyaksikan demonstrasi maritim sempena pembukaan rasmi LIMA'23 hari ini yang dilakukan dalam dua bahagian iaitu fasa demonstrasi keupayaan aset dan fasa operasi menyelamat tebusan.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama tujuh agensi iaitu TLDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Laut Malaysia.
Semua bot dan kapal milik negara yang mengambil bahagian berjaya menunjukkan kebolehgerakan serta kelajuan tinggi selain pelbagai aksi menarik dengan bantuan serta keupayaan pengemudi berpengalaman.
Demonstrasi itu juga melibatkan aset udara TLDM seperti bot FCB 1326, pesawat AW139, Super Lynx Mark100 dan AS555 SN Fennec.
Turut mencuri perhatian ialah demonstrasi manuver bot berkelajuan tinggi seperti FCB 1326 dan CB90 yang membuat crash stop serta pusingan 360 darjah yang digunakan dalam Op Benteng iaitu operasi bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti jenayah rentas sempadan.
Turut dipertonton ialah Watercat yang digunakan oleh PDRM dalam operasi pemantauan, peninjauan dan risikan serta Rigid Hull Inflatable Boat milik TLDM dan bot benteng sepanjang 12 meter milik APMM yang mampu mencecah kelajuan 60 knot.
Jabatan Perikanan juga tidak ketinggalan mempamerkan kehebatan bot Peronda Laju 91 (PL91) dengan kelajuan maksimum 40 knot dalam demonstrasi itu, yang digunakan untuk Program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) bagi menguatkuasakan Akta Perikanan 1985.
Demonstrasi Maritim LIMA'23 akan berlangsung sehingga 27 Mei ini yang turut diserikan dengan gabungan melibatkan pasukan khas dari 4 hingga 6 petang selain pameran statik aset maritim.
Turut disajikan Persembahan Pancaragam dan Kawad Senyap (TLDM), Persembahan Pancaragam (APMM), Demonstrasi Pasukan COBRA (Kastam), Demonstrasi Firefighting Suit and Hose Layout serta Demonstrasi Sut HAZMAT (JBPM) dan Tarian Perang (PDRM).
Perkhidmatan feri penumpang disediakan secara percuma buat pengunjung yang berminat untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat kapal perang yang bersauh di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Aksi menarik dipertontonkan kepada orang ramai ketika persembahan aset-aset maritim pada perasmian Segmen Maritim LIMA sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Resort World Langkawi hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
LIMA'23: Aset maritim negara mula dipertonton kepada orang awam hari ini
Umpama menonton babak-babak mencemaskan dalam filem PASKAL, pembukaan rasmi Segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Resort World Langkawi dekat s