NATIONAL
LIMA'25: RM11 bilion diperuntuk tingkat keupayaan pertahanan negara - Khaled Nordin

Mohamed Khaled (tengah) ketika berucap pada sidang media Majlis Menandatangani Kontrak dan MoU di LIMA'25. -Gambar Astro AWANI
LANGKAWI: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM11 bilion bagi memenuhi keperluan pertahanan negara menerusi pelbagai kontrak dan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Ringkasan AI
- Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM11 bilion untuk keperluan pertahanan negara sempena LIMA'25, melibatkan 85 kontrak dan SST, dua LOI, serta enam MoU merangkumi aset darat, udara, maritim, keselamatan siber dan kebajikan anggota.
- Antara perolehan utama termasuk 136 unit Kenderaan Perisai Jenis A (RM1.88 bilion), projek bersama Lumut Naval Shipyard (RM800 juta), penyelenggaraan kapal selam Kelas Perdana Menteri (RM1.02 bilion), dan pesawat F/A-18D (RM187 juta).
- MoU strategik turut dimeterai untuk pembangunan komunikasi tentera dan pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak (RM320 juta), dengan penekanan terhadap pembinaan keupayaan tempatan dan pengurangan kebergantungan luar.
"Ia merupakan cerminan komitmen kerajaan memperkukuh pertahanan negara,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Jumlah tersebut meningkat sekitar RM1 bilion berbanding LIMA 2023, yang mencatatkan nilai sekitar RM10.1 bilion melibatkan 43 dokumen.
Antara perolehan utama ialah LOI bersama Mildef International Technologies Sdn Bhd bagi perolehan 136 unit Kenderaan Perisai Jenis A (KJA) dan infrastruktur bernilai RM1.88 bilion serta LOI bersama Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) bernilai RM800 juta.
Selain pembelian aset, beberapa kontrak turut ditandatangani untuk penyelenggaraan dan naik taraf keupayaan sedia ada seperti kapal selam Kelas Perdana Menteri (RM1.02 bilion) dan pesawat F/A-18D (RM187 juta).
Beliau juga memeterai MoU strategik dengan Boustead Technology Sdn Bhd bagi pembangunan komunikasi tentera termasuk penyepaduan sistem dan teknologi satelit.
“Kerjasama seperti ini akan membantu membina keupayaan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar,” ujarnya.
Antara lain, penekanan terhadap aspek kebajikan seperti pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak bernilai RM320 juta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami