PASIR MAS: Selain hujan lebat berterusan selama beberapa hari, limpahan air sungai yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand turut dikenal pasti sebagai antara punca berlaku banjir teruk di Rantau Panjang di sini sejak Jumaat lepas.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata banjir di Thailand yang membabitkan lima wilayah besar menyebabkan airnya mengalir ke Sungai Golok.
"Yang mengatakan banjir teruk berlaku kali ini adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan benteng (Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Sungai Golok (Kesban) itu tidak betul.
"Benteng itu sebenarnya berjaya mengurangkan impak, kalau ia tidak ada, mungkin akan berlaku (banjir) dengan lebih teruk.
"Sekarang banjir berlaku disebabkan limpahan Sungai Golok, ia disahkan apabila lima wilayah di Thailand banjir teruk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Bantuan Asnaf Rantau Panjang di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Tuan Ibrahim berkata projek Kesban yang membabitkan tiga fasa mampu meminimumkan impak banjir terutama di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat pada masa akan datang.
"Fasa satu projek iaitu tembok untuk menghalang air dari Sungai Golok dijangka siap dalam tempoh terdekat manakala bagi fasa dua, kerajaan telah meluluskan peruntukan membabitkan RM265 juta untuk pembinaan tembok banjir," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan akan memberi peruntukan kepada pemilik rumah yang rosak akibat banjir membabitkan nilai RM50,000 untuk pembinaan semula kediaman.
"Setakat ini, kita kenal pasti enam rumah yang telah musnah sepenuhnya.
"Kita juga akan memberi pampasan dan bantuan khas kepada mangsa banjir yang terkesan termasuk kos membaiki kerosakan.
"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran agar menghantar kelengkapan untuk proses pengepaman air banjir ke Sungai Golok ke kawasan yang terjejas teruk tetapi sekiranya paras air Sungai Golok masih tinggi, kita tidak dapat lakukan, kena tunggu dahulu namun kita akan cuba bantu sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Limpahan air sungai yang berasal dari Thailand turut dikenal pasti sebagai antara punca berlaku banjir teruk di Rantau Panjang. -Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan, keputusan dibuat tanpa ihsan - Siti Zailah
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan Sijil Peperiksaan Malaysia didakwa merupakan satu keputusan yang dibuat tanpa ihsan.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Bahrum, 64 tahun, dikatakan meninggal dunia di dalam perigi sedalam empat meter terbabit.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.
Malaysia, Thailand setuju percepat pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang
Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pelaksanaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Pasir Mas.
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api
KPDN Kelantan tidak menafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.