KOTA KINABALU: Seorang bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan, kepada Kementerian Kewangan Sabah.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy berkata penahanan suspek itu, susulan tangkapan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lepas, bagi membantu siasatan kes sama.
"Suspek lelaki berusia 66 tahun, yang merupakan bekas penjawat awam itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
"Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Karunanithy, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan, kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 18 Mei lepas, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah, kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF.
Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua individu berkenaan bermula 19 hingga 25 Mei ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong pula berkata pihaknya telah mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk meneliti dan menambah baik sistem serta prosedur yang boleh membuka ruang serta peluang kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan.
Beliau berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan kes terbabit.
"Saya mengambil perhatian serius berkaitan dengan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. - Gambar hiasan

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangk di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Lindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit, individu bergelar 'Datuk' ditahan SPRM
Penahanan suspek itu susulan tangkapan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lepas, bagi membantu siasatan kes sama.