awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow arah DCA, Jabatan Laut kemuka laporan harian mengenai jerebu

Bernama
Bernama
30/09/2015
10:09 MYT
Liow arah DCA, Jabatan Laut kemuka laporan harian mengenai jerebu
Liow berkata laporan itu akan menunjukkan bagaimana industri penerbangan dan pelabuhan terjejas serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan gangguan penerbangan. - Gambar Fail
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Jabatan Laut Malaysia supaya mengemukakan laporan harian mengenai jerebu kepada beliau.
Katanya beliau memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua jabatan itu untuk menyusun laporan berkenaan untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
Liow berkata laporan itu akan menunjukkan bagaimana industri penerbangan dan pelabuhan terjejas serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan gangguan penerbangan.
"Jerebu telah memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi dan kesihatan malah penerbangan industri yang menyaksikan banyak penerbangan ditangguhkan, dibatalkan dan diubah laluan.
"Kami sedang menyusun laporan ini untuk memaklumkan kepada kerajaan Indonesia bahawa jerebu benar-benar memberi kesan kepada kita (Malaysia) dan betapa seriusnya keadaan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet itu, telah diberi taklimat mengenai keadaan jerebu dan kerajaan akan bekerjasama dengan Indonesia untuk mengatasi isu itu.
Sejak berapa minggu lepas, Liow berkata keadaan jerebu semakin teruk hingga menyebabkan banyak pembatalan dan kelewatan penerbangan selain menjejaskan operasi lapangan terbang termasuk di Subang, Sarawak dan Johor. Selain itu, katanya Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Laut Malaysia untuk mengeluarkan amaran jerebu kepada kapal-kapal yang beroperasi di semua pelabuhan di negara ini. "Kami telah mengeluarkan pekeliling kepada pelabuhan dan pengendali untuk memastikan keselamatan pelabuhan. Pelabuhan Barat turut mengeluarkan pekeliling kepada semua kapal. "Sekiranya jarak ketampakan merosot ke bawah satu batu nautika kerana jerebu, bot nelayan dan bot-bot kecil perlu menghentikan operasi untuk keselamatan mereka," katanya. -- LAGI
LIOW-JEREBU 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Liow berkata Kementerian Pengangkutan akan terus memantau keadaan di semua pelabuhan termasuk Selat Melaka. Mengenai langkah-langkah pencegahan, Liow berkata kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung pembenihan awan di kawasan lapangan terbang yang terjejas seperti Subang, Senai (Johor) dan lapangan terbang kecil di Kuching, Sarawak.
Topic Berkaitan
#Jabatan Laut Malaysia
#Jabatan Penerbangan Awam
#jerebu
#Liow Tiong Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan